Rabu, 10 Februari 2010
Sejarah SK Batu Talam
Sejarah penubuhan SKB.Talam bermula pada tahun 1906. Guru Besar pertamanya ialah Encik Ali dan jumlah murid pada ketika itu cuma 30 orang. Ekoran pertambahan murid dan keadaan fizikal sekolah yang kurang selesa, maka pada tahun 1908, sekolah ini berpindah ke sebuah bukit di kenali Bkt. Aki Pintal di Tanjung Sulaiman. Guru Besar ketika itu ialah En. Kiram. Sekali lagi pada 1910, sekolah ini berpindah ke Tanjung Mat Tong dibawah pimpinan Guru Besar ketiganya iaitu En. Mat Dahan Bin Imam Teh. Pemilihan kawasan sekolah ini sesuai kerana berhampiran dengan penempatan dan selamat daripada banjir. Sekolah ini sekali lagi berpindah ke Bkt. Permatang Kacu (tapak sekolah sekarang) pada tahun 1919. Guru Besarnya yang pertama ialah En. Ahmad Katot. Kini peredaran zaman yang pesat SKBT berubah wajah dengan dilengkapi kemudahan P&P yang lebih selesa untuk murid-muridnya seramai 286 orang dengan 23 orang guru termasuk Guru Besar serta dua orang staf sokongan dan dua orang staf sokongan swasta.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan